Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka, Malaysia.

Sudah kian lama, bahasa ibunda tidak pernah ku sentuh. Menjelang hari kebangsaan dan memandangkan kebanyakkan sahabat di PPS menulis dalam Bahasa Malaysia, terasa terkilan pula dihati untuk turut sama. Maaf dipohon kalau ada yang tersilap.

Masa berlalu dengan begitu pantas, Sarawak dan Sabah menyambut 42 tahun merdeka, 6 tahun selepas bergabung menjadi Malaysia yang menyambut hari kemerdekaan yang ke 48 tahun ini. Entah lah, mungkin cuma perasaan sendiri, tetapi ku rasakan kemeriahan dan suasana Merdeka semakin berlainan dari tahun ke tahun. Kemungkinan erti Merdeka sudah berubah kerana generasi yang baru dan muda tidak mengerti pengorbanan untuk Merdeka 48 tahun yang lalu. Maklum lah dengan perubahan zaman, banyak nilai nilai yang sudap dilupai.

Dihari merdeka yang dahulu, bendera Malaysia dikibar dengan megah dari bangunan dan rumah persendirian. Dan sebagai tanda penghormatan, perniagaan dihentikan, cuti sehari untuk sekolah dan rakyat jelata dengan bangganya menatap hari yang penuh bersejarah. Tetapi ianya semakin berubah menjadi seperti hari hari cuti yang lain.

Anak anak muda pula, keluar di hari menjelang merdeka bagaikannya seperti sebuah pesta. Pesta untuk berhibur dan menunjuk nujuk. Kereta dan motosikal dijadikan alat untuk berlumba tanpa menghiraukan keselamatan awam. Hai, bagaikan melepaskan geram seperti selepas dikonkong dalam kandang? Kemerdekaan lain agaknya? Kemungkinan juga kemerdekaan yang lalu tidak dikecapi dengan usaha titik peluh mereka sendiri, seperti telah disuapkan. Perubahan sikap adalah perlu jika negara kita ingin terus kekal merdeka dan untuk maju kehadapan.

Hari Merdeka, marilah renungi bersama dan berterima kasih atas kemerdekaan negara kita. Malaysia merdeka!!

Comments

Anonymous said…
Saya bersetuju 100 peratus dengan karangan anda ;-) dan Saya percaya anda dapat A1 dalam Pemeriksaan SPM atau STPM kan ?
MahaguruSia said…
kcYap: Dipersilakan

anonymous: apa karang karang ni? karang laut ah? SPM saya terlengkup lah kekeke :)

Popular Posts